Sinopsis : ADAM & HAWA
Ain Hawani, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku. Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam pakza dan tanpa rela.
Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah... Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata.
Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Masjidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu. Tapi tegarkah Ain?
Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam. Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin di simpan hati tak tertanggung.
Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi....
21 Comments:
You r welcome sayang....!!!
Kak Aisya, Semua buku akak saya dah khatam dua tiga kali. Sampai adik saya pun tegur.'Eh, tak dak buku lain ka nak baca!'Hehehe... Yang pastinya buku2 akak ni ada 'something'. Sebab tu lah Ryana sampai x mampu menahan gejolak rasa utk terus membaca walau utk berulang kali.
akak, semua buku akak dari yang pertama sampai la ADAM & HAWA saya ada dan saya dah khatam banyak kali..lebih dari 3 kali rasanya...tak tau kenapa tapi saya suka sangat baca dan saya tak sabar nak tunggu buku akak yang seterusnya..
assalamualaikum...saya salah seorang peminat kak aisya jugak. seronok sangat baca buku kak aisya. memang semua saya dah baca dan macam yg lain jugak tak jemu2 baca dua tiga kali sekalipun. nampak aje ada buku akak terus saya sambar beli. buku adam&hawa tu nampak je terus beli rupa2nya kakak saya dah beli. tapi takpelah, saya nak buat koleksi saya sendiri.
yes, like fara said you are judith mcnaught malaysia. kalau bleh bagi la tios2 menulis sket ye. :)
Utk ryana - tkasih byk2x diatas sokongan anda. wait for my next novel!
Utk ad_han - buku baru tgh buat. editor pun dah bising dah tu. haru dibuatnya. tunggu ye!
Utk pinkjambu - hai! eh, jumpa kiter di sini.
Utk nadilah - thks for yr support. kak Aisya amat2x menghargainya.
Utk lia - kak Aisya tak bole nak bagi komen sbb of course kak Aisya akan bagi credit yg berlebih-lebihan pula utk buku Adam & Hawa tu. cuma satu part yg kak Aisya suka dan percaya ramai pembaca yg suka adalah adegan pertemuan semula Adam & Hawa di Masjidil Haram. Anyway, tepuk dada tanya selera, okey.
Utk fara - thks alot for yr support. btw, i do love judith mcnaught!
Utk nhniez - waaa! malunyer kak Aisya versi melayu Judith McNaught. Coz JM is one of the best romantic writers in the world!!! Eh, dah baca buku terbaru dia???
Utk kurd - tkasih kerana sudi meluangkan sedikit masa utk membaca Adam & Hawa kak Aisya. Kata-kata tu, mmg slalu dgr, tapi kak Aisya sengaja ubahkannya utk kesesuaian cerita. Okey ke?
novel ni best sgt! hopefully afta this, kak aisya buat novel mcm ni jugak. adam mukhriz is soo hot! haha character dia dlm tu sweet sgt. especially masa dia laungkan azan maghrib.. menunjukkan yg dia perfect sgt. teehee :P
saya suka baca semua karya kak Aisya .. keep up the good work ... Gud Luck ...
best sangat....two thumbs up kak aisya :)
assalamualaikum kak...
hrp2 akak sihat selalu...
mcmana dgn novel terbaru? dh ada ker?
kak, apsal ek, novel akak ni bila aien baca tak pernah boring...bila da part sedih2 tetap nangis even dh berulang kali baca... idea akak memang bezst! akak tau, sal novel akak 'Adam & Hawa' tu saya terjumpa ngn jejaka idaman saya, sampaikan nama gelaran kami pun kami gunakan mcm 'am & ain'... :)(tp smpai sekarang saya tak pernah menerima cintanya, oleh kerana rasa 'doubt' yg tggi utk lelaki...)thnx kak, akak anugerah yang Dia bagi pada akak, akak share ngn semua orang...
hrp2 lepas ni akak akan teruskn dngn novel2 yg bermutu & berkualiti...
ikhlas.. aienzieana
wassalam.. :)
Hi Babe (ertinnya, beautiful & intelligent). agaknye, i found out abt yr blog quite late.Sbb i tgk tarikh semua dah lama jer, Anyway, i Waty dari Singapore. Berkocak dada i baca novel Adam & Hawa. Its a fantastic one!!. Semalam i baru je tamat baca buku Buatmu Kekasih. Best lah u buat cerita follow up...i like it sooo much!!!. Tahniah Babe.
akak,novel ADAM & HAWA tu best la..
it's from your imagination or it's happen in a real life?
sedih r but bila difikirkan, ada ke kisah camtu?
ntah la..
bak kata orang, dunia ni umpama 1 pentas yg dilakon oleh watak2 nye..
hehehe..
hai!aisya,salam perkenalan.saya adalah peminat setia novel-novel anda.semua novel-novel anda sudah saya baca berkali2.ternanti2 novel terbaru anda yang bila ia akan dipasarkan.semua novel anda menyentuh perasaan.
Assalamualaikum...
Menarik betul novel Adam & Hawa ni.. dah berkali-kali diulang tak jemu... Tahniah!!!
This comment has been removed by the author.
antara novel terbaik yang pernah saya baca ialah Adam & Hawa.saya masih ingat semasa saya dalam tingkatan 5,saya dan 2 orang kawan saya masing2 berangan nak pilih hero daripada novel yang pernah di baca dan tak sangka pula kami sepakat memilih Adam sebagai hero pujaan kami tp sebagai kareter. agak2nya msti kacak kan adam dgn gaya yang sedia ada..harap kak aisya terus maju dalam bidang penulisan..
kak aisya..buku ni buku yg prtama yg prnh buat mnt sy pd novel trbuka...sy ske nvl akak sgt2..moge akak dpt trus kn lg..
buku adam dan hawa terbitan trbaru akak bnyk bg mnt pd sya..kerana buku ini sya ske bce nvl...tq kak aisya..
salam , best sangat novel neh ! klimaks yg sangat-2 menarik ! saya suke akak punye jln cerita !
I love this story.....kak aisya ada lagi tak novel spt ini ?
Tahniah... akhirnya novel adam dan hawa didramakan...... Suka tengokk....
Tahniah... akhirnya novel adam dan hawa didramakan...... Suka tengokk....
Post a Comment
<< Home