Selamat Menyambut 1427 Hijrah....
A'kum semua....
Minta maaf bebanyak sebab cuba nak menulis di sini tapi rasanya sudah terlalu panjang masa yang diambil untuk memikirkan apa yang patut ditulis. Maklumlah, blog sendiri, citarasa sendiri, cerita pun, cerita sendiri.
Tapi sebelum saya cerita panjang lebar (atau seciput), saya rasa tidak terlambat untuk saya ucapkan Selamat Tahun Baru '06. Dan minggu depan juga kita juga akan menyambut Awal Muharram 1427 Hijrah dan juga Tahun Baru China. So, cakap pasal tahun baru saya tak akan ungkit tentang azam atau harapan yang mendatang. Sebab saya sendiri tidak pernah menetapkan sesatu azam untuk dilaksanakan. Cara paling terbaik, ambil setiap detik yang berlalu untuk diharungi dengan kematangan dan kebijaksanaan. Semoga apa yang dilalui akan datang membuat kita berusaha untuk menjadi lebih baik dari waktu-waktu sebelumnya. Kan lebih baik begitu?
Hmm..., nak cerita apa lagi ek? Tak banyak cerita yang boleh saya ceritakan di sini sepanjang 3 minggu pertama 2006 ini. Yang pasti, kesibukan mengejar masa, menguruskan anak-anak dengan kerenah mereka masing-masing membuatkan saya dicabar dengan kesabaran dan ketabahan. Hisyam dan Syahmi boleh mengurus diri mereka masing-masing walaupun ada kalanya...kenakalannya mengalahkan Sofi dan Umairah pula. Yang si abang-abang, kalau tak dikawal cara mereka menghabiskan waktu di hujung minggu...., alamatnya tengok tv dan main komputer saban waktu tanpa had! Disuruh buka buku, barulah akur. Itupun mata dan fikiran bukan di buku. Sofi dan Umairah pula hanya ikutkan rentak si abang. Tapi kadang-kadang, pandai juga membuka buku walaupun Sofi masih di prasekolah. Tidak kisahlah buku cerita atau buku sekolah, ia tetap buku.
Bercakap pasal buku pula, bulan tiga nanti Pesta Buku akan bermula. Tempatnya seperti tahun-tahun yang sebelum - masih sama tidak berubah. Cuma ramai yang hairan kenapa bulan tiga pula. Walau apa pun, di situlah tempat paling seronok bagi saya. Jumpa kawan-kawan, bertukar-tukar cerita dengan penulis-penulis yang lain tapi paling, paling best dapat bertemu dengan pembaca-pembaca Alaf21 khususnya peminat setia saya. Bukan sahaja novel, tapi buku-buku rujukan sekolah untuk anak-anak, majalah, komik, kamus..., memang saya tertunggu-tunggu setiap tahun.
Selamat Menyambut Maal Hijrah 1427!!!
0 Comments:
Post a Comment
<< Home