Wednesday, October 18, 2006

September 06....Yang Istimewa

Maaf kerana terlambat mengirim berita. Seperti yang diketahui, saya baru sahaja melahirkan anak saya yang ke lima baru-baru ini. Saya agak sibuk sejak akhir-akhir ini ditambah pula dengan line internet saya yang semacam semput..., sekejap okey, sekejap tak okey. Bila okey, idea tak datang dan mood pun tak ada. Bila tak okey, tak sabar-sabar pula nak update cerita terbaru tentang saya, apatah lagi dengan kehadiran buku dan baby baru ni.

Macamana dengan buku saya yang terbaru Buatmu Kekasih? Menepati citarasa anda semua ke? Ada yang memberitahu, tak puashati sebab jalan ceritanya pendek sahaja. Ada juga yang puashati kerana dapat mengetahui kehidupan mereka selepas saya menamatkan cerita mereka yang pertama dahulu. Apa-apa pun, itu semua sambutan dari pembaca saya yang mengikuti jalan cerita mereka yang terdahulu lantaran terus menginginkan cara mereka menjalani kehidupan mereka kini. Bagaimana terujanya saya dengan Zainal dan Kay, begitu juga pada mereka yang ghairah dengan Ahmad Fuad dan juga pasangan Fikri dan Ika. Sememangnya Buatmu Kekasih ditujukan pada pembaca-pembaca setia saya yang tidak putus-putus mengirim khabar berita pada saya dan juga memberi semangat pada saya untuk terus menulis. Begitu juga dengan keluarga, sahabat handai, saudara mara yang tersayang. Dan tepat seminggu selepas kelahiran Buatmu Kekasih, saya juga telah selamat melahirkan anak lelaki saya yang ke tiga di Pantai Medical Centre.




Inilah wajah-wajah anak saya yang baru dilahirkan 22 hari yang lalu. Wan Muhammad Firdaus namanya setelah genap 14 hari 'bertungkus-lumus' memikirkan nama yang sesuai untuknya. Jangka kelahirannya pada 3 Oktober, tetapi saya meminta doktor dipercepatkan kelahirannya...., kerana saya dah tak larat nak bawa perut yang membesar ni...hehehe! Doktor pun kata okey, jadi kami teruskan saja dengan proses kelahiran Firdaus secara induce. Saya dah biasa dengan induce, sebab sebelum ini pun kelahiran Sofi dan Umairah juga secara induce, dan pada bulan Ramadhan juga. Sebenarnya saya lebih selesa dan lebih yakin dengan proses kelahiran secara induce sebab saya rasa biarpun sakitnya itu tidak seperti mereka melahirkan secara normal, tetapi kesakitan yang ditanggung tidak berpanjangan. Orang kata, bila start sakit, sakitnya memang kaw-kaw. Tapi sekejap saja. Firdaus lahir hari Rabu, 4 Ramadhan bersamaan 27 September 06 pada pukul 4.19 petang. Kelahirannya agak sedikit payah dibandingkan dengan abang-abang dan kakak-kakaknya. Mungkin disebabkan talipusat terlilit di leher/muka ditambah pula dengan beratnya 3.6kg. Aduhai, rasa payah juga nak melahirkan Firdaus. Namun alhamdulillah, segala-galanya selamat, malah Doktor Hamid Arshat juga rasa 'terkejut' kerana jangkaannya saya melahirkan Firdaus sekitar waktu Maghrib. Dia sempat bergurau dengan saya awal pagi itu. Katanya..., "minta-minta cepatlah you bersalin supaya dapat saya berbuka di rumah." (Dia juga pernah terkagum kerana ketika saya melahirkan Umairah, dia menjangkakan saya bakal melahirkan selepas Asar, sedangkan Umairah lahir belumpun masuk waktu Zohor).Untuk mereka yang ternanti-nantikan gambar baby baru saya itu, saya pastekan gambar Firdaus yang terbaru. Anak kecil saya ini kuaaaaaaaaat menyusu. Dah sendawa pun, masih lagi nak isi tangki perut yang dah penuh tu. Dengan mamanya, dia kenal source makanannya. Tapi dengan abahnya, pandai pula dia diam. Abang-abang dan kakak-kakaknya memang tak henti-henti mencium si adik, seringkali mengganggu tidur dia. Apatah lagi Umairah, ketibaan Firdaus memang sesuatu yang dinantikan. Tidak dapat mencium pipi Firdaus, dapat cium kaki, baju atau selimut yang membaluti Firdaus pun jadilah. Malah dialah 'kakak' yang boleh saya harapkan. Hatta suruh buang pampers Firdaus pun, dia sanggup. Tiada rasa geli atau jijik. Kasih sayangnya pada Firdaus begitu terserlah biarpun umurnya belumpun menjangkau tiga tahun.

Memandangkan hari raya yang tidak berapa lama lagi, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin. Pada mereka yang sudi menghantar kad Hari Raya pada saya, terima kasih banyak-banyak saya ucapkan. Maaf kerana tidak sempat membalas kad-kad ucapan tersebut kerana kesibukan saya dengan anak-anak dan juga menyambut kelahiran Firdaus baru-baru ini. Namun saya amat menghargai dan rasa sungguh gembira setiapkali menerima kad-kad ucapan dari mereka yang bersusah payah menghantarnya kepada saya. Semoga Hari Raya yang bakal tiba akan disinari dengan cahaya keimanan dan ketaqwaan untuk kita semua.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin dari saya; Aisya Sofea dan keluarga.....

34 Comments:

Blogger Mersik said...

Ho..ho..ho..kuci kuci kuci..gegegege..eleh..eleh..leh leh..( Maaf akak AS, usik baby sat..)

8:07 PM  
Blogger Abang Long said...

Kak AS, sekarang kita - "seri" .... sama2 ada 5 orang cahaya mata, tambahan saya pun ada si kecil yang berumur 8 bulan, memang lasak .... rasa teruja nak bawa beraya ....adussssss

1:05 AM  
Blogger NUR said...

Tahniah akak untuk keduanya...tadi pegi kedai buku, tak perasaan pun novel baru ni...x sampai lagi agaknya...x sabar nak dapatkannya, saya mahu rasa seperti rasa yang sama untuk "adam&hawa"...selamat menyambut syawal dan semoga bahagia selalu...

11:32 PM  
Blogger amy mieza said...

assalamualaikum kak aisya...
saya dah baca buku terbaru akak tu..buatmu kekasih. I really enjoy it.
Actually, i know u since i read Jauh about 7 years ago..masa tgh2 peksa SPM plak tu,gara2 paper fizik yg susah.to relese tension i borrow a book from my friend and it was JAUH.tp when i start read jauh,i do nothing except read it till the end..i was such a perfect book for me.i enjoy it very much.
until now,i never miss your book.
I LOVE IKA,FIKRI,FUAD,MAIRA..and of course RAHSIA DI HATI TAK SIAPA YANG TAHU..
and now i just start to enjoy your blog. Kak Aisya, keep on writing. I'allah saya akan sokong kak aisya

Selamat Hari raya

12:39 PM  
Blogger amy mieza said...

assalamualaikum kak aisya...
saya dah baca buku terbaru akak tu..buatmu kekasih. I really enjoy it.
Actually, i know u since i read Jauh about 7 years ago..masa tgh2 peksa SPM plak tu,gara2 paper fizik yg susah.to relese tension i borrow a book from my friend and it was JAUH.tp when i start read jauh,i do nothing except read it till the end..i was such a perfect book for me.i enjoy it very much.
until now,i never miss your book.
I LOVE IKA,FIKRI,FUAD,MAIRA..and of course RAHSIA DI HATI TAK SIAPA YANG TAHU..
and now i just start to enjoy your blog. Kak Aisya, keep on writing. I'allah saya akan sokong kak aisya

Selamat Hari raya

12:40 PM  
Blogger Aisya Sofea said...

This comment has been removed by a blog administrator.

9:58 AM  
Blogger Aisya Sofea said...

abang long - teruja nak bawa anak2x pegi jenjalan? hmmm...., mmg pon. biler kenangkan balik, mmg malas nak berjalan dgn memasing punyer perangai tuh. tapi dua kali kenang, ntah sampai biler nak duduk rumah sementara nak tunggu diorg besar panjang....huhuhu!!!

10:00 AM  
Blogger Aisya Sofea said...

cinderellin - tkasih. kalo minat ngan lukman hafizi, cuba baca buku terbaru kak aisya pulak...BUATMU KEKASIH. kesinambungan dari cerita Jendela Hati.

10:02 AM  
Blogger Aisya Sofea said...

warnasari - tkasih. skrg ni, dah beli ke blom???

10:03 AM  
Blogger Aisya Sofea said...

amy mieza - tkasih, tkasih, tkasih. doronganmu adalah semangat dan kekuatanku!

10:03 AM  
Blogger Aisya Sofea said...

majid nsem - baby firdaus cam muka kak aisya? alhamdulillah..., sejuk ibu yg mengandung tuh...kehkehkeh. majid blom tgk muka sofiya. sbb ramai yg cakap muka firdaus byk muka sofiya. even masa firdaus baru lahir pun, akak sendiri terkejut firdaus byk muka sofiya. tapi..., aper2x pon, firdaus tu kiut cam mama dier gak, kan? kehkehkeh...!!!

10:06 AM  
Blogger Aisya Sofea said...

mersik - bole lah tuh. tapi dier tak reti nak main lagi....hehehe!!! celik mata, tau nak susu jer.

eyman hykal - adehhh!!! tulis buku, okey. tapi nak mengarang cerita utk blog, kena belajar lagi...:)

abang long - oh, seri lah kiter ek? saya 3 lelaki 2 pompuan. abang long pun camtu gak ker?

10:11 AM  
Blogger iejay Zakaria said...

tahniah kak aisya untuk dua baby baru dan selamat hari raya....buatmu kekasih memang dapat melepaskan rindu saya especially pada kay dan zainal...kak aisya saya memang teruja sungguh dengan kisah kay dan zainal dari dulu hingga kini... part cerita diaorang dalam buatmu kekasih saya baca berulang2...kalo boleh nak mintak dipanjang2kan lagi.. hehehe... tapi kan kisah ika dan fikri tu, tang hujung kisah tu, saya nak tau sangat apasal fikri lama sangat jumpa perempuan tu sampai ika rasa tertipu??? huhuhu menyeksa batin betul nak membayangkan apa yang sebenarnya terjadi...saya dah terfikir2 yang buruk2 jer..dok terfikir perempuan tu dah perangkap fikri ker??? apa kata kak aisya sambung sikit kat blog ni...senang sikit hati saya...

5:44 PM  
Blogger NUR said...

belum berpeluang lagi kak :)insyallah dalam masa terdekat ;)

7:13 PM  
Blogger catatan i am nieta said...

kak aisya..sonok sangat dpt jumpa blog nie.. saya pun dah dapatkan buku Buatmu Kekasih.. memang teruja habis bila dpt tau tu kesinambungan watak2 sbl nie.. anyway tahniah di atas kelahiran cahayamata baru.. saya pun tgh menunggu masa utk anak ke-2 nie.. :)insyaAllah akan dinamakan dengan salah satu watak dlm novel akak

5:31 PM  
Blogger Aisya Sofea said...

puterikiut - wah! bakal menimang cahayamata baru tak lama lagi. semoga selamat semuanya..., dan enjoy 44 days pantang. kak aisya next week i'Allah, selesai dan bebas....hehehe!!!

4:46 AM  
Blogger Aisya Sofea said...

iejay - sbenarnya ramai gak tak suker hero peberet mereka ader main kayu 3 sket. tak setia gitu! tapi, best gak buat gitu maksud kak aisya, bukan sumer kehidupan tu indah biarpun penghujung criter tu happy. aper2x pun, kak aisya harap u enjoy membacanya dan jadikan kisah tersebut sbg hiburan dan juga teladan.

4:51 AM  
Blogger NUR said...

salam kak,semoga baik-baik semuanya...saya sudah dapatkan novel ini...betapa terujanya saya,perasaan berbaur2 bila membaca...ermmm, apa yang dapat saya simpulkan selagi kita berada di pihak yang benar, selagi orang yang kita cintai dan sayangi sentiasa di sisi dan selagi kita percaya padaNYA insyallah kebahagiaan itu tetap milik kita jua...kehidupan sememangnya begitu ada pasang dan surut..terima kasih kak untuk buah tangan terbaru ini...btw, akak nampak manis sekali dalam gambar kat novel tuh :)

7:53 PM  
Anonymous Anonymous said...

Hello dari Brunei.

suka sangat novelnya. tahniah ya.

11:59 PM  
Blogger Aisya Sofea said...

warnasari - tkasih. gambar saya tu sebenarnya gambar lama....

5:58 AM  
Blogger Aisya Sofea said...

nie cha - hello org brunei!!! tkasih krn meminati buku2x saya.

5:59 AM  
Blogger MamaIman said...

Assalamualaikum K.Aisya,

Saya salah seorang peminat novel K.Aisya. Jauh, Jendela Hati, Kau Untukku, Sehangat Asmara, Gelora Jiwa, Adam & Hawa n terbaru Buatmu Kekasih semuanya dlm rak buku saya. Gelora Jiwa, Adam & Hawa & Buatmu Kekasih ja belum saya khatam 2x. Novel Jauh, novel cinta pertama saya. Betul2 jatuh cinta ngan Fikri n kemudian Lukman. Ada "something" dlm novel K.Aisya yg xdpt saya nak luahkan dengan kata2. Semua novel K.Aisya membuai perasaan. Xjemu la kalau khatam 2 ke 3 kali. Saya berharap sgt dpt baca novel terbaru. Huh...xsabar tu.

**Tahniah atas kelahiran baby baru. Cutenya dia. Mcm kak Aisya.

Cheers,
Mama Iman

10:02 PM  
Blogger awan said...

kak nak tau tak dalam banyak2 novel akak saya paling sker citer nurul umairah...
citer tu saya baca dah lebih 10 x agaknyer...
sampaikan masa skolah dulu,kalau orang tanya nama pakwe pun saya cakap ahmad fuad..
nasibla kalau ada yang percaya..
tapi kebanyakannya tau saya mmg hantu' novel tu.
skrang,novel tu dah tak brapa cantik sebab selalu baca..
tapi sori yer kak,saya tak sempat lagi nak baca adam n hawa..
duit mara blum masuk daa....

8:12 AM  
Blogger Azaliya said...

Assalamualaikum..Erm,tadi baru saya pergi PWTC beli buku Buatmu Kekasih.Belum baca habis.Tp,novel ni rasanya best!..

9:12 AM  
Blogger Syikin M.S said...

Sis AS...Hye assalamualaikum..u really inspires me..i've a collection all of your novels..Buatmu Kekasih buat saya tak senang duduk baca..kenapa Fikri makin Jauh perasaan nya dari Ika?? But, i really love ur story..Bahasa yg spontan, real...i like it..Keep Up A Good Work sis AS..Nak tunggu next novel u sis..Have A Wonderful Day..add me at YM: missyladieyz@yahoo.com or MSN:salamsrikandi@hotmail.com...CHIAO~

1:41 AM  
Blogger achik said...

soo cute la firdaus..rasa cam nak cubit2 jek pipi dia..he3..anyway..congrat..saya dah baca novel Buatmu Kekasih..so far saya mmg suke habis ngan novel ni especially kisah ika n farah..tapi saya tak berapa puashati dengan ending kisah hanif n intan..mcm tergantung je..kalo bole disambung lagi kisah tu..saya pasti akan belinya..gud luck n success always..

11:10 PM  
Blogger Nicha Amu said...

best sgt novel nih..
sy mmg ske gler..
hope pasni akk wat cter yg besh2 ag..
chaiyok..
:)

8:48 AM  
Blogger CintaDalamHati said...

salah satu novel yg sy ngah baca.. huhuhu.. kompilasi 5 buah novel.. sangat menarik...

1:37 AM  
Blogger *SiRibenMerah said...

saya tgh baca buku neh.. x abes lagi.. hiksssss =)
*best gitu.. merawat luka yg terpendam*


salam kenal =)

11:48 PM  
Blogger nana_zana said...

Congrats...
Comel baby akak AS
nway..saya peminat kak AS..
suka suma novel yg akak tulis..
ALL d`Best..

12:19 AM  
Blogger Unknown said...

salam kak aisya..

comey sgt baby tu..tembamnye!!
sy ske sume novel kak aisya wlupun dah warning utk dewasa ke remaja ke..sy bace je ikot ske sy..hehehe..bez sgt..byle nk wt novel baru?

6:01 AM  
Blogger Muni Izzah said...

ok lar novel "Buatmu Kekasih".. novel sambungan an?? saya paling suka citer psl Fuad n Umairah.. hehe..

5:29 AM  
Blogger ibu amni said...

utk pengetahuan akak, i read both version tau jauh and far away tu..hahah punyala suka buku akak..then baca buku ni..rase cm nak tumbuk jer Fikri tu..tak lalu makan..hubby geram smpi tak bg bace buku jap..tp lepas depa berbaik, saya terus excited balik..and bout kay with zainal, it seems like real..im saying this based on my personal experience...see how much your book have affect my life? Keep on writing tau.. :)

1:44 AM  
Blogger Nurani said...

assalamualaikum kak, saya salah seorang peminat novel akak..boleh tak saya dapatkan emel akak?.kalau boleh respon kat emel cahya_kasih88@yahoo.com ..-Nur Izwani (Pulau Pinang)

7:18 PM  

Post a Comment

<< Home