Thursday, August 31, 2006

Birthday Daniel

Assalamualaikum semua!

Dah lama rasanya saya tak meng'update'kan cerita dengan berita semasa. Dua bulan, kan? Lama benar tu. Dalam tempoh itu, saya sebenarnya sibuk dengan persiapan buku terbaru saya ditambah dengan keadaan diri saya yang sedang sarat...adehhh!!! Itu yang tak boleh nak ke sana ke mari. Nak shopping pun, kena fikir dua kali. Kalau tak, maunya troli yang ditolak suami penuh dengan badan saya saja...hehehe! Tapi shopping tetap shopping maklumlah sekarang ni tengah bulan sale. Cuma tak boleh nak dari satu shopping mall ke satu shopping mall. Minggu lepas ada yang menegur, perut macam tunggu masa nak bersalin, rupanya masih ada sebulan lebih. "Besar betul!" ujar pakcik saudara. Mungkin dia 'terkagum' melihat kandungan saya ini....(malunya saya!!!)

Tinggalkan diri saya sekejap. Saya ada satu cerita yang tak kurang menariknya. Ini mengenai harijadi pertama anak buah saya Muhammad Daniel Hadif baru-baru ini. Ibu Daniel; sepupu saya meraikan ulangtahun anaknya yang pertama itu secara besar-besaran. Memang ramai jemputan yang hadir. Tapi yang kelakarnya, jemputan datang kerana birthday boy tapi birthday boy tidur pulak....adehhhh! Kesian, penat agaknya. Yang lebih kelakar, masa itulah betapa nyenyak Daniel tidur tengahari itu, sehinggakan terpaksa dibangunkan oleh mummynya. Kesian betul, terkulat-kulat member bila dikejutkan tatkala sedang nyenyak tidur...., hairan agaknya melihat kenapa ramai orang kat rumah. Tapi sambutan harijadi Daniel memang meriah sangat. Di suatu ruang dalam rumah, terdapat pelbagai mainan yang dikhaskan untuk anak-anak kecil bermain tatkala ibubapa menjamu selera. Belon-belon berwarna-warni menambah keceriaan untuk anak-anak kecil. Saya pulak, tak lepas dari menjamu selera, apatah lagi adanya char kue teow yang dimasak 'on the spot'. Berselera betul. Anak-anak saya, terutama Sofiya dan Umairah memang tak lekang dari tempat permainan yang dikhaskan. Anak-anak lelaki saya pula, di meja penyambut tetamu. Menghulurkan party pack kepada anak-anak kecil yang hadir. Kalau perkahwinan Siti dan Datuk K boleh diklasifikasikan sebagai Wedding of The Year, sambutan birthday Daniel pulak Birthday Party of The Year.

Apalagi yang boleh saya katakan lagi, memang party tersebut sungguh meriah dan menyeronokkan. Sedangkan saya sebagai ibu begitu enjoy dengan party Daniel, apatah lagi kanak-kanak.

14 Comments:

Blogger Cat said...

Anyway I would like to congratulate you on the excellent presentation novels of yours, not only the narration well written but the presentation completely objective exclusive especially Adam&Hawa.As you know,I really enjoy reading all your novels.My warmest thanks to you for giving me a good impression towards malay novels

9:38 AM  
Blogger Cat said...

This comment has been removed by the author.

8:10 AM  
Blogger linda said...

akum,kak aisya sofea..
sayer peminat setia akak yg selalu mengikuti dan membace karya penulisan akak..
ape novel terbaru akak sekarang?
xsabar saya nk belinye..

7:30 AM  
Blogger shieylla said...

Assalamualaikum...w.b.t
apa kabar kak aisya sofea...
saya mmg peminat setia akak. tak penah miss novel akak. apa novel baru akak skrg. kuarkan la cepat. tak sabar nak baca ni. cepat la akak tulis novel baru. ;-)

7:23 AM  
Blogger shazila said...

akum...
kak aisya pekabar? apa perkembangan terbaru?
bila novel baru nk kuar dipasaran?

8:51 PM  
Blogger Riesna Zasly said...

hi sus...
congratulations untuk roman terbaru anda, Selagi ada dia... yang baru saya miliki... roman yang banyak mengajar saya betapa puitisnya bahasa melayu...

moga terus menulis roman yang lebih mendebarkan selepas ini ya...

Tapi psss
semua novel sus punya watak cinderella... putera yang tampan... puteri yang tiada cacat cela... dan happy ending juga... mu8ngkin sekali sekala perlu watak buruk juga sekali sekala... hehe...
jgn marah ya hehehe...

11:07 PM  
Blogger Riesna Zasly said...

hi sus...
menilai roman-roman karya sus, mengingatkan saya kepada seorang novelis wanita indonesia ... dia sudah tiada di dunia penulisan lagi... la rose.... kenal tak?

11:09 PM  
Blogger fina said...

salam...
hai kak aisya sofea...i am ur biggest fan...sume novel dah saya baca since di kolej lagi...esp sekarang...single n jobless...novel aisya sofea yang menjadi teman sepi saya....last novel saya beli yang the latest di pasaran....berangan tak salah kan...hopefully saya jumpa lelaki seperti Idris yang digambarkan dlm novel kak...thanks again...u really make my day....keep it up!cepat2la karang novel yang baru...tak sabar nak baca....boleh suggest novelis yang best mcm kak tak....hehehheheheh

12:18 AM  
Blogger Follow My Beat.. said...

salam kak..
saye minat sangat dengan novel2 akak..since sekolah lagi sy mmg mengikuti perkembangan novel2 akak. Setakat ni saya sentiasa lagi baca "SEHANGAT ASMARA" walaupun dah berpuluh-puluh kali. Anyaway..saya dah bace semua novel yg akak tulis..

11:45 PM  
Blogger umairah said...

salam..
hai kak aisya...
saya minattttt sgt dgn penulisan akak.... citer nyer semua romantic2.. expecially citer "kau untukku"
fuad & miara.. mcm di lambung awan lau baca citer tuu..
dah berpeuluh kali baca...
semua novel akak mmg tip top laa...
bila lagi nk kuar novel baru..
xsabar..

10:33 PM  
Blogger norzahan said...

salam,puan aisya sofea, kita pernah berbicara lewat udara kira2 10 tahun yg lalu...selepas membaca novel puan yang pertama...JAUH.....tahniah di atas penulisan yang jauh menikam kalbu....terus perjuangan dalam mengilhamkan tugas2 sebagai penulis novel bermaruah.....tahniah sekali lagi...terus menyokong puan....

7:06 PM  
Blogger Dya said...

membaca novel hasil tulisan kak aisya.. seolah2 menonton filem.. dlm membaca bait demi bait sy trus dpt gmbaran.. betapa indahnya bahasa yg dijalinkan bg meggambarkan sesuatu keadaan dlm cerita tersebut.. Seolah sy berada sama dlm cerita itu.

12:51 AM  
Anonymous Anonymous said...

ass'kum..kak sofea..sejak membaca karya2 akak, ia amat memotivasikan sya utk cuba menulis karya sendiri..watak2 yg akak cipta seolah-olah benar-benar wujud..seperti yg lain, sya juga membaca novel2 akak tu berulang kali..kalaulah ada gambar setiap watak tu kan best..imej yg 'dilakar' oleh komputer ker..? Jauh, Sehangat Asmara dan Adam & Hawa..sya dah hafal tiap page novel tu..tp baca jg..kalau akak sudi dan ada kelapangan, sudi2 lah jenguk sebentar blog sya yg masih mentah ni...wlupun x pernah bersua, terasa seperti dekat aje dgn kak sofea..semoga sentiasa ceria di sisi keluarga tercinta...http://gurubertudungbiru.blogspot.com/

7:22 PM  
Blogger syeilahappysporting said...

akum kak..sy suke sngt ngn karya akak.novel akk smua membri kesedaran.syabas..sy teringin nk buat novel tpi tkut hehe..

12:19 AM  

Post a Comment

<< Home