Sunday, March 04, 2007

Korea Oh Winter Sonata.....

Salam untuk semua.

Annyonghaseyo, gamsahamnida, olmaeyo, gakkajuseyo....

Begitulah antara kata-kata ataupun perkataan yang sempat saya pelajari ketika bercuti ke Korea baru-baru ini. Seronoknya tidak dapat digambarkan kerana sudah lama saya mengimpikan hendak ke Korea. Semuanya gara-gara Winter Sonata...., Bae Yong Jun dan Choi Ji Woo. Merekalah yang membuka hati ini untuk ke sana, padahal kalau nak diikutkan banyak lagi negara-negara yang lebih menarik untuk dilawati. Saya pergi ditemani oleh seorang saudara saya dan juga teman-teman dan sahabat handai yang telah saya kenali beberapa tahun lalu. Bayangkanlah, yang pergi rata-rata sudah cukup masak dengan drama-drama Korea di tv. Tak cukup di tv, beli pula di kedai-kedai sehingga tourist guide kami cukup kagum dengan pengetahuan kami yg luas tentang bintang-bintang drama mereka.

Hari pertama menjejakkan diri di tanah kelahiran Bae Yong Jun dan Choi Jiwoo, saya begitu teruja sekali. Tapi bercampur aduk kerana teringatkan Firdaus. Setiap kali terfikirkan anak-anak terutama baby Firdaus, saya rasa rindu sekali. Tapi membayangkan percutian ini sebagai satu perkara yang harus saya tempuhi walau macamana sukar sekalipun, saya terpaksa pendamkan rasa rindu itu. Dahlah pulak tu, handphone saya tidak boleh pakai sepanjang berada di sana. Kami di bawa ke MBC Studio ke tempat penggambaran Jewel of the Palace. Dan selepas itu tempat yang saya idam-idamkan selama ini iaitu Nami Island, pulau romantik Winter Sonata. Aduhhhh...., memang saya tak ingat dunia waktu ni. Saya rasa sungguh seronok dan teruja sekali akhirnya impian saya untuk berada di deretan pokok-pokok menjadi kenyataan. Apatah lagi bila dengan kawan-kawan yang sama-sama meminati drama tersebut, apalagi...., beraksilah kami dengan ala-ala dua pelakun yang menjadi kegemaran saya itu. Di sini saya juga mengambil kesempatan membeli berbagai cenderahati Winter Sonata. Bergambar dengan replika dan gambar Bae Yong Jun...., jangan cakaplah. Selagi ada gambar beliau, kami pasti abadikan dalam kamera kami.

Nasib baik Wan Mustafa tak marah.....hehehe!!!

Hari kedua kami bermain ski. Adui...., tak ke kelakar emak budak main ski. Memang cukup kelakar betul tapi mampu juga meluncur tanpa jatuh jauh sekali luka atau patah tulang badan. Satu jam bagaikan seksaan untuk saya. Bermainnya agak mudah, tapi bermain dengan kasut berat dan keras tu...., rasanya cukuplah sekali saya main seumur hidup saya. Tak larat nak memakai dan membuka kasut ala-ala robotik tu. Selama sejam bermain ski, kami membeli belah pula di Namdaemun Market. Keadaan di sini seperti berada di Petaling Street tapi 5-6 kali lebih besar. Bayangkanlah dengan manusia ketika itu yang rupanya mengambil peluang untuk membeli belah di saat esoknya adalah hari cuti umum mereka. Punyalah ramai. Mujur saya tidak tersesat waktu itu. Saya sempat beli beg untuk emak dan baju winter untuknya. Murah jer..., tapi cantik.

Kemudian hari ketiga kami ke Everland Theme Park, lebih kurang macam Genting Highland, tapi di sini lebih happening giler. Saya cukup seronok, sebab macam-macam saya beli untuk anak-anak. Saya taklah ghairah sangat nak bermain permainan roller coaster, corkskrew atau apa-apa pun tapi terkejut pula bila mendapat markah tertinggi ketika bermain di Mystery Mansion. Hehehe...., boleh tahan gak! Dari Everland, kami dibawa membeli belah di Dongdaemun Market pula, syurga membeli belah sekurang-kurangnya untuk diri saya. Banyak barang saya borong di sini, terutama sekali untuk anak-anak dan anak-anak buah yang lain. Untuk diri saya....handbag saja. Itulah satu-satunya barang yang saya beli untuk diri saya. Itupun secara tak sengaja. Saya ni memang jenis tak pandai tawar menawar. Tapi bila dari 55k won dapat 40k won dengan aksi hentak-hentak kaki ala Junsang/Minhyung dalam Winter Sonata, saya terkedu. Tak sangka harga yang saya tawar menjadi. Apalagi, bukak purse, ambil 4 keping not 10k won dan handbag tersebut menjadi milik saya.

Hari ke empat, kami di bawa ke Itaewon...., satu-satunya masjid di Seoul. Tapi di Itaewon sempat lagi membeli t-shirt untuk suami dan anak-anak. T-shirt untuk saya, tak ada. Memang saya kurang fikir tentang diri saya kalau saya seorang yang pergi berjalan. Lainlah ketika saya ke Beijing dahulu ditemani oleh makcik saya...., tengok dia membeli untuk dirinya, saya beli untuk diri saya juga. Harga sini mahal sedikit antara 1k - 2k won dari Namdaemun Market. Tapi coraknya lebih menarik dan banyak pilihan.

Hari terakhir kami berangkat pulang, sempat singgah di souvenir shop. Aduhai, mahal sungguh. Tapi beli sedikit kacang untuk dibawa pulang. Kami sampai di Incheon International Airport lebih kurang pukul 12.39tgh. Mungkin ada hikmahnya kami sampai awal sebab terlalu ketat kawalan keselamatan pihak airport sehingga ada di kalangan kami yang terpaksa melalui proses check-in selama dua kali kerana ragu-ragu terhadap barang keperluan peribadi mereka seperti losyen, alat-alat solek dan pelbagai lagi yang bagi mereka lebih dari biasa. Alhamdulillah..., lepas juga akhirnya bila peralatan mereka tersebut lebih selamat disimpan dalam beg bagasi mereka. Penerbangan dari Incheon ke KLIA mengambil masa lebih kurang 6 jam dan bersyukur kami disajikan dengan nasi beriyani, lauk ayam dan ikan di dalam kapalterbang setelah 5 hari asyik mengadap kimchi, sayur rebus dan ikan bilis goreng. Hari pertama rasa 'thrill' dengan makanan tersebut. Tapi kalau dah lima hari kami disajikan dengan hidangan yang lebih kurang sama saja....., tekak pun rasa semacam biarpun hanya melihat makanan tersebut atas meja.

All in all, saya rasa puashati dengan percutian kali ini biarpun tidak dapat bershopping sakan seperti ketika bercuti di Beijing dahulu. Annyonghaseyo..., semoga kita bertemu lagi dan Gamsahamnida buat teman-temanku yang menjadikan percutian ini sungguh menarik dan seronok sekali.

Sehingga kita berjumpa lagi di trip yang akan datang....., annyong!!!!

64 Comments:

Blogger [Fadilah Diyana] said...

wow,best2nye pic2 kat atas tu...kak damya hanna pun promote benda yg sama...eee xsabarnye nak jadi kaya...ehehehehe...

8:15 AM  
Blogger awan said...

as'kum kak aisya
saya pun minat giler ngan sumer novel kak aisya.
semalam saya baru berpeluang baca novelet akak buatmu kekasih..
kak jahat sebab buat saya nangis part zahin tu..sedih betul!!
bkan sekali plak tu. ingatkan baca kali ke 2 tak nangis dah..rupanya lagi sedih..
kesian kat dia..
kak memang superb!!!!

8:04 AM  
Blogger ManjLara said...

hai aisyasofea,
baru arini brani nak bersape, slalu tu jengok2, bace2 pastu kuar
hehehe... erm bc buatmu kekasih, kisah zahin yg baru tau ibu kandungnya sudah tiada tu mmg sebak ... tahniah, slmt maju jaya!

4:24 AM  
Blogger naimah said...

This comment has been removed by the author.

9:38 PM  
Blogger Najwa Aiman said...

apa ke lama sangat berhibernasi nih? aiyoo.. dah berevolusi jadi beruang ke? ekekkeke.. bila nak update nih?

8:26 PM  
Blogger Han Su Rii said...

peminat setia aisya sofea

12:24 AM  
Blogger MuLaN said...

kak aisya.. nak tanya.. duit kite ngan duit korea banyak beza tak? saya nak gi korea bulan depan.. barang2 kat sana mahal2 tak kalau beza ngan kat malaysia?

7:39 AM  
Blogger D said...

jeles nya... nak gak gi korea.. i love winter sonata!

7:45 AM  
Blogger wera said...

kkkkk

11:54 PM  
Blogger Qaseh Bidadari said...

kak aisya,nape lame x update???

2:13 AM  
Blogger saliha said...

salam perkenalan..
bestnye dapat kongsi pengalaman di korea.. boleh kongsi pengalaman di beijing sebelum ni.. saya pernah samapi di cina tapi di daerah guangzhou.. insyaAllah hujung tahun ni nak ke beijing.. camne agaknya beijing yer..

salam mesra.. saliha

10:34 PM  
Blogger qeez said...

Dear Kak Aisya Sofea. Teruja saya bila mendapat blog akak dari Habibah (Bikash). Saya nak dikatakan fanatik dengan cerita Korea terutama sekali Bae Yong Jun. Patut lah citarasa saya dengan buku2 kak aisya memang ngammm sekali. Patut lah bila saya bacabuku cerita akak dari sehangat Asmara, kemudian Kau untukku, kemudian Adam Hawa memang tak lekang ingatan saya terhadap cerita kesukaan saya iaitu Winter Sonata. Namun cerita itu memang saya tak pernah puas menontonnya dan mgkn agak kecewa sedikit dgn ending yg rasa tak puas sbb tergantung.

Ok, pasal buku cerita akak tu, bila nak kuar yg terbaru. Utk pengetahuan u, saya mmg menunggu buku2 terbaru dr akak. Pasal, pertama saya baru baca buku jauh buat kali ke enaam, pas tu baca lagi jendela hati, pastu baca lagi Kau utkku, sehangat asmara, Adam Hawa. Eeee, tolong lah kak, saya minat dan admire sungguh tulisan akak seperti mana saya meminati lakonan bae yong june. hishh,

nak tanya satu soalan, ada ke org2 lelaki yg peranganinya macam Ahmad Fuad, Lukman, Fikri, adam mukhriz???????

Kak sofea, boleh reply ye. ok.from Balkis

5:05 AM  
Blogger HE said...

salam kenal,

wah bestnya pergi ke korea, nak tanya, ada pakej ke korea ikut drama ke? kalau ada berapa harganya?

1:47 AM  
Blogger seri_singgahsana said...

hai ...saya adalah silence reader anda...

Jemput melawat blog butik perkahwinan kami:

http://serisinggahsana.blogspot.com

11:39 PM  
Blogger Yaya said...

hehhehe byk tak beli brooch korea hehe, masa hubby pergi korea dulu (atas urusan kerja), balik sini dia borong brooch korea tu.sungguh cantek batu2 nya...:))

slm kenal..

3:39 AM  
Blogger mamafateenz said...

salam,baru singgah di blog kak aisya,masa study dulu saya pun sgt meminati novel2 akak,tapi semenjak dah kerja tak berkesempatan nak baca novel2 ni semua,tp skrg tgh cuti kat uk ni..terlupa plak bw semua koleksi2 novel saya...tu yg cuba2 nasib kot2 ada e-novel...buat penhilang boring

11:09 AM  
Blogger Zaimah Zakaria said...

Salam kak aisya,seronoknya bercuti ke korea .saya peminat gila novel2 akak, lebih2 lagi novel buatmu kekasih. saya baca dan mengulang sampai 3x.Akak jahat buat kita orang nangis bila baca part zahin 2.Akak memang kelas...

Emma.

12:11 AM  
Blogger yuelova said...

annyonghaseyo, kak aisya..
'SELAGI ADA DIA'
best tjuk 2,cover pun cantik..
bce cter 2,tringin plak nak tgk winter sonata n nak pg korea..tak prnah tgk wintersonata sblm nie..tp cter korea yg lain tgok plak..hero2 akak nie ensem lah,specially lukman hfizi,z.aief n of cos la adam mukhriz..hehe

12:45 AM  
Blogger RafflesiaRimba... said...

Salam...
Saya mula ikuti semua buku kak aisya sofea sejak buku JAUH. Dan amat tertarik dgn watak fikri, dan saya turut namakan anak saya pon, FIKRI. Dan saya juga telah memiliki seorang suami yang line 'akaun' disebabkan watak fikri tersebut adalah line akaun (Financial controller,kan?)... bila nak kuarkan buku baru? tak sabar menanti...

11:49 PM  
Blogger Fiza Nordin said...

syoknye dapat ke negara orang walaupun beranak kecil. bilelah saya nak merasa macam ni...

12:23 AM  
Blogger miss_iQ said...

hi sis aisya sofea..
sy peminat setia novel akak..
terutamanya adam dan hawa..
great.. mcm real story.. bkn fantasi..

9:08 PM  
Blogger Cik Dada said...

salam..
saya merupakan antara ribuan peminat aisya sofea..
baru sahaja selesai menamatkan pengembaraan ke dunia cinta bersama 'selagi ada dia'..
cukup membuai perasaan..
benar kata org cinta itu buta..namun ia indah..tak mengenal duda mahupun dara...
hehehehe~!!
dan sy setuju...kacak tak semestinya hensem...
ape pun..
all the best..
and im looking for ur next novel...
always looking for it..cause it is one of my MUST collection..
=]
gud luck~!!!

9:12 AM  
Blogger Wan Kamilah said...

asalamualaikum aisya,
hampir semua novel anda saya baca. sungguh terhibur dan mengasyikkan.teruskan berkarya!

3:15 AM  
Blogger juneidiaz said...

as'kum kak aisya,
terlebih dahulu, saya mengucapkan syabas kerana menghasilkan karya-karya yg bermutu.Untuk pengetahuan kak aisya, saya baru sahaja selesai membaca buku kak aisya yg terbaru iaitu "Selagi Ada Dia". Semua koleksi tulisan kak aisya telah saya miliki.Saya sungguh teruja bila pertama kali membaca buku "JAUH" pada tahun 1997. Sejak dari itu, saya senantiasa menunggu hasil karya kak aisya yg terbaru. Bila saja ada buku yg terbaru kak aisya, saya akan merentas tambak johor utk memilikinya. Yang pasti, saya dapat memiliki buku yg kak aisya hasilkan. Saya sokong Kak Aisya bahawa definisi kacak sangat luas. Saya sangat berharap dimana karya kak aisya yg selanjutnya akan kekal dengan watak lelaki yg kacak ,berperwatakan menarik & mempunyai kerjaya yg baik. Dan saya yakin,ia akan terus membuai perasaan pembaca ketika membacanya.
Syabas sekali lagi utk kak aisya dan teruskan berkarya
Salam mesra.. Jun - Singapura

4:04 AM  
Blogger salju said...

===
dak jelous

wa.. impian sy pun nak g korea gak...

brapa nak budjet kat sana ek?? cner ngn bahasa perantaraan...

hmm... cmner nak oder novel ni.. sdey ni... slalu kakak tolong beli.. tapi skg kakak dah pindah... asyik2 tertinggal jer...

please...

5:38 PM  
Blogger Ticer Syah said...

sejak baca novel selagi ada dia.. tingin polak nak ke korea sbb saya pong peminat no 1 winter sonata. hehe.. anyway. keep on writing the touching stories ya.

2:26 AM  
Blogger azura_lolypop said...

salam...

kak..
suke sgt ngan novel terbaru akak..
SELAGI ADA DIA..

ari.. n idris...
best kak br je abis bace mlm td skrg giliran mak lak bace..
tp... novel yg paling best sy ske... KAU UNTUK KU... best sgt..

saye pun ske tulis2 cerpen.. tp sy simpan kt komputer sy je...

k ar kak..
pape hal pun..
semoga berjaya..
n lahirkan novel2 yg best ek....
tq kak....

10:27 PM  
Blogger azura_lolypop said...

salam...

kak..
suke sgt ngan novel terbaru akak..
SELAGI ADA DIA..

ari.. n idris...
best kak br je abis bace mlm td skrg giliran mak lak bace..
tp... novel yg paling best sy ske... KAU UNTUK KU... best sgt..

saye pun ske tulis2 cerpen.. tp sy simpan kt komputer sy je...

k ar kak..
pape hal pun..
semoga berjaya..
n lahirkan novel2 yg best ek....
tq kak....

10:28 PM  
Blogger Diana said...

a'kum kak aisya...
saya minat dengan novel2 akak.. malangnya tak semua koleksi saya ada.. boleh tak akak listkan semua novel2 akak untuk saya cari dan jadikan koleksi peribadi... tlg emailkan list2 novel tu ke lovelyboomy@yahoo.com... tqqq..

10:58 PM  
Blogger Noor Nadihah dan Taiebah said...

as'kum kak aisya...
sy tersgt lah teruja nk pegi ke korea
bile bca blog akak..
btw b4 ni pn sy mmng ada impian nk ke sana..
reasonnya xlain xbkn slps tgk winter sonata..huhu syahdunya cerita tu...

8:05 AM  
Anonymous Anonymous said...

This comment has been removed by the author.

4:12 AM  
Anonymous Anonymous said...

OMG!!! first time sy tjmp blog kak aisya! sbelum nie sy xupdate sgt..i'm a big fan of yours..
really2 love your novels! sy kumpul sume novels kak aisya.. truskn bkarya demi peminat2 kak aisya.. luv ya! Aja2!!

4:14 AM  
Blogger ♥corcraze♥ said...

salam,annyeong haseyo unnie..
sy mmg gler korea(kalu xnick saye bkn CorCraze la..)
mak sy mmg minat sgt3 kat bae yong jun oppa tuh..
sy xsgt sbb bnyk lg korean hunk yg hotter..
btw,sy suka novel akk..
kalu bleh baca kat internet lg best!
sbb kat uk xde jual la plak..

9:17 AM  
Blogger mrsizzah said...

Salam Kak Aisya..
saya pun minat giler ngan novel Kak Aisya.
Sehangat Asmara is the best.
Semua novel Kak Aisya dah sya baca,keuali the 1st 1..Jauh if x silap.
So,sekiranya saya nak beli novel Kak Aisya melalui online kat mana saya nak tempah?
coz,kita ni tinggal dkt Sabah lama sgt novel Kak Aisya nak sampai dkt sini.

8:59 AM  
Blogger myladydina said...

akum,kak aisya..sblum ni dina x pnah minat dgn drama bsiri korea mgkn sbb dina jrg tgok drama bsiri kt rmh krn sibuk dgn tugas,tp sjak dina jenguk blog akak & bca psal 'winter sonata',ttiba hati jd truja nk tgok ceta tu hnga akhirnya dina gi cri jgk vcd drama bsiri 'winter sonata'..stlah hmpir smua kedai vcd kt bandar tmpt dina tugas dina g,lastly dina jmpa vcd tu & tnpa agak2 dina beli,so hjung mngu baru ni dina hbiskn masa dgn 'winter sonata' kt rmh dgn brendam air mata..
hukhukhuk..sedihnya ceta,dina fhm knpa ceta tu popular & diminati smua tmasuk akak..smpai skrg dina msh truja ingat ceta tu...

9:48 AM  
Blogger myladydina said...

This comment has been removed by the author.

9:53 AM  
Blogger myladydina said...

his,got problem lg la n/book ni..ntah2 kna virus lg,slu je stuck smpai ter'send 2x msg ni..kna hntar ke shop utk solved the problem..ampas btullah..

9:55 AM  
Blogger Anem Arnamee said...

Salam akak..

~may ALLAH bles you.=)

9:36 AM  
Blogger Fazira said...

Salam Kak Aisya..
Nak coret kan sikit kat blog akak nie. Actually, dah lama saya baca blog akak..well not really tapi interested with entry yg akak g Korea nie. Last April or May macam tu. Kagum..dgr akak citer dalam blog. Then..after 1 tahun lebih tak baca novel akak..[sebab ada kat UK, susahnya nak dpt novel melayu kat sana..hehe]. Saya beli novel akak SELAGI ADA DIA!. Tak sangka..pengalaman akak g holiday kat Korea dicoretkan dalam novel tu jugak!. Kagum! Bila fikir2 balik kan..hish wujud lagi ker laki macam Idris tu kat dunia skrang nie. Masih ada lagi ker yg setia n romantik macam dia. Apa2 pun novel tu superb!. Dalam sibuk nak exam pun..sempat lagi saya baca..1 hari dah habiskan!. Congrats sis..waiting for ur new novels. Good luck

9:21 PM  
Blogger haneem iman said...

salam...
kak aisya teruja saya bila dapat tahu blog kak aisya ni..
Novel terbaru kak aisya "selagi ada dia" betul2 membuatkan saya tak tidur malam.Saya betul2 dapat rasa kewujudan Idris.I'm fall in with him...hehehe

10:02 PM  
Blogger bestnye said...

saya meminati cerita adam dan hawa....

11:46 PM  
Blogger -ShA9194- said...

Salam..sy smemangnye peminat aisya sofea daripada dulu lagi..daripada kau untukku, adam dan hawa, sehangat asmara dan selagi ada dia..saya merasakn bahawa novel selagi ada dia mempunyai ciri2 drama korea yang saya minati iaitu winter sonata..muka depan novel ini sudah cukup untuk menggambrkan ceritanya..Walaupun usia sy masih muda tetapi saya memang minat dengan gaya penulisan saudari..

harap saudari dapat mmbalas comment sy..
Sekian..

6:57 PM  
Blogger idasm said...

tak sangka saya bertemu dgn penulis the best novel (for me) - sehangat asmara di alam ini... dh khatam novel tu dh berapa tahun dh.. tp jalan ceritanya masih melekat di hati.. begitu terkesan di jiwaku...
tahniah...
hati terpanggil utk jadi pengikut setia.. akak tak kisah kan...

8:58 AM  
Blogger Unknown said...

alahai...........bestnya g korea..........

11:01 PM  
Blogger raihanazuhar said...

eh..nie sti ah kait nga novel selagi ada die.
novel akak yg baru tu kn
sonoknye dapt p korea

6:51 PM  
Blogger Si GadisSemasa said...

saya nk pegi jugak.
minat gle ngan korea2 nie. :D
especially boyband diorang. ^^

8:34 AM  
Blogger Memorabilia said...

harap-harap saya dapat menjejakkan kaki ke sana

4:48 AM  
Blogger Unknown said...

askum....
pertama sekali saya ingin mengucapkan berjutaan ucapan TAHNIAH kerana berjaya membuat saya menjadi salah seorang yang benar2 giler dgn novel melayu terutamanya nukilan novel drpd Akak..sya benar2 terharu dan sehingga saya sperti hilang arah jika tidak membaca novel dalam 1minggu...saya ade semua novel keluaran akak..tapi skrg saya nak minta tolong yang amat sngat...bagaimana saya nak mendapatkan novel ADAM DAN HAWA lagi...novel tersebut kwn2 pinjam dan hilang....dan saya benar2 terkilan sebab skrg di mana2 kedai buku tiada stok novel lama...ini email saya badarina82@yahoo.com.my
saya harap akak takkan kecewakan harapan saya...saya paling minat novel ADAM DAN HAWA dan kisahnya benar2 menyntuh hati saya dan menyebabkan persepsi saya berubah terhadap novel melayu...dulu saya hanya mengagungkan hasil nukilan org inggeris...skrg saya pun berjinak2 ingin menulis juga...saya benar2 menjadi matang kerana novel melayu banyak mengajar saya tentang hidup.terimakasih yang teramat sangat sebab menghasilkan nukilan yg mana menjadi idola dan teladan untuk saya menjalani kehidupan yg penuh pancaroba ini.TERIMA KASIH...

8:56 AM  
Blogger Unknown said...

ASKUM,
Novel pertama yang saya baca adalah jauh...saya banyak menangis membaca novel tersebut...selepas itu novel jendela hati...aduh...benar2 penasaran saya saya di buatnye...saya sentiasa menjadi penunggu setia tanpa rasa jemu untuk membaca novel trbaru daripada akak...kadang2 saya seperti tidak penah puas membelek2 dari novel ke satu novel untuk mencari novel terbaik...akhirnya saya benar2 bulat hati menjadikan akak adalah novelis yg saya kagumi dan minati..TAHNIAH!!!!

9:03 AM  
Blogger KuBi said...

nak komen apo ek? x tau lak nk komen la huhuhu!!! mintak sign akak jer la leh? huhuhuhu

4:55 AM  
Blogger Molee Kamal said...

Kak... mintak di uar2 kan dalam blogggg... TQ :-)

BENGKEL PENULISAN THRILLER DAN AKSI

ALAF 21 akan mengadakan bengkel penulisan yang akan dipimpin oleh dua orang novelis terkenal iaitu Ramlee Awang Mursyid dan Eyman Hykal.

Tujuan bengkel ini untuk memberi panduan bagaimana menulis novel berbentuk thriller dan aksi. Mereka yang berminat jangan lepaskan peluang mengikuti bengkel ini yang akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: Sabtu 10 Oktober 2009

Tempat: Akademi Karangkraf
Alamat: Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd
Lot 2 Jalan Sepana 15/3, Seksyen 15
Shah Alam, Selangor.

Masa: 9.00 pagi – 3.00 petang
Peserta: 27 orang
Yuran: RM35

Sarapan, makan tengah hari dan cenderahati disediakan.

Bayaran hendaklah dibuat kepada Alaf 21 menerusi akaun Maybank 014271416077.

Fakskan slip bayaran, butir-butir diri anda serta nama kursus ke 03-55113817 atau e-mel

ke alaf@alaf21.com.my

Sebarang pertanyaan sila hubungi Sa’adiah/Roziana di talian 03-55118820/21

-molee-

9:00 PM  
Blogger SuperKoMe! said...

salam..wah! bestnye dapat pegi korea!! madi juge nak gi korea!! nak jumpe super junior,SS501 dan korea bands yg laen!! best nye!!!!!

-nurin madihah-
12 tahun

-Anyeong ee kaseyo!-

12:00 AM  
Blogger Makcik Kay said...

Sempat tak ke dongdaemun makan ikan bakar? Students kita punya port tu. Hari pertama boleh makan sebelah, kedua se ekor terus. Heaven..! Kay-Puncak Alam

1:15 AM  
Blogger ifah narin said...

salam utk k. aisya..sy mmg mmnati penulisan kak..tgrak hati tuk buka diari kak n baca plak ttg korea...truja sngt nk pegi korea.. mmg sy gila sngt kt crita2, lagu n band sana..dpt juga info ttg korea dr crita akak..thanks..tringin nk pegi sana..mahal x? tngh smpan duit nk visit sana bleh? :) kak aisya sofea, fighting!!

9:01 PM  
Blogger thegabenor said...

SALAM> wow.bestnya dapat jln2 ke tanah air winter sonata..i like it

2:57 AM  
Blogger thegabenor said...

minat sgt dengan karya Aisya Sofea

2:58 AM  
Blogger Cikgu Azizah.Ahmad said...

Kak, tahniah atas penulisan yang sememangnya menusuk ke jiwa. Saya dalam proses mengumpulkan semua novel-novel akak.
Adakah akak adakan sesi berjumpa peminat atau bengkel penulisan yang akak kendalikan?....peminat spura.

7:38 AM  
Blogger Qaseh said...

salam...
hai kak...
jeles nye tgok akk g korea....
nk g jgk..hehe
novel akk sume bez laa...=)

8:47 AM  
Blogger ♥♥PuanHarty♥♥ said...

slm sis..
sy ada cerita na dikongsi bersama dgn sis..mungkin boleh jd ilham sis mengolah novel sbb hidup sy ibarat novel yg hakikatnya ia berlaku depan mata sy scara tragis..sis boleh masuk blog sy..

3:25 PM  
Blogger Dididella said...

Wa! Bestnya pergi korea!

8:40 AM  
Blogger Unknown said...

terstop 10minit sy baca entri ni :) kagum..sy blog walker dr www.muslimtravelbug.com

bg sepa2 nak g korea or bejing dgn price murah bole follow kitaorg n email..
thanks

12:19 PM  
Anonymous Anonymous said...

gambar takde ke? hehe

5:19 AM  
Blogger Unknown said...

Hello Admin!
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

6:09 AM  
Blogger Unknown said...

Это мы так подошли к вопросу отличного интимного досуга, что всегда обеспечивают Проверенные проститутки Киева
Ласковая проститутка, прекрасно сложена и ухожена. Приеду к Вам или приглашу в гости мужчину, желающего приятно провести досуг с проституткой.

6:23 AM  

Post a Comment

<< Home