Demam Bola datang lagi.
Demam datang lagi. Demam campak anak-anak dah lama selesai. Demam anak kerana sakit beguk di kedua-dua belah pipi hampir pulih - syukur alhamdulillah. Kini, bersambung pula dengan demam bolasepak piala dunia yang baru bermula hari ini.
Kebetulan saya ingin update posting terbaru minggu ini, hari ni pula bermula perlawanan bola antara Jerman dengan Costa Rica yang berkesudahan dengan 4-2. German menang tanpa Ballack. Mulai semalam sehinggalah 9 Julai nanti, agaknya ramailah yang ambil cuti sakit. Mungkin ada juga yang memilih hari-hari yang harus pergi ke klinik ambil cuti sakit. Semua ini terpulang pada individu itu sendiri..., kalau ada pasukan yang diminati alamatnya bersengkang mata sehingga ke pagi. Tapi saya taklah macam tu. Tak sanggup saya nak korbankan waktu tidur padahal tidurlah waktu rehat saya. Namun kalau seperti perlawanan pembukaan, perlawanan final atau perlawanan-perlawanan yang saya rasa 'worth' tengok, memang saya akan tengok punya!
Seperti yang saya katakan, saya bukanlah peminat 'giler' bolasepak. Tapi saya tetap minat dan suka dengar cerita pasal bola, apatah lagi bila duduk-duduk dengan ahli keluarga dan bersembang dengan mereka yang 'hantu' bola. Kalau dengan mereka, memang saya dah tak perlu nak menyaksikan setiap perlawanan di tv mahupun membaca di akhbar-akhbar. Bagi saya, ahli keluarga saya yang 'hantu' bola ni adalah saluran informasi saya....hehehe! Sekurang-kurangnya, jimat juga masa saya.
Dalam banyak-banyak pasukan yang terpilih dalam World Cup 2006 ni, ada dua pasukan yang saya minati. Saya minat pasukan England, sebab ada Beckham. Saya juga minat pasukan Belanda sebab ada Ruud Van Nistelrooy (saya minat dengan dia ni sejak 5 tahun yang lepas - setia betul saya!). Yang seorang pemain kelab Real Madrid dan seorang lagi masih bermain untuk kelab Manchester United. Walaupun minatnya saya pada ke dua pasukan ini, bila ditanya pasukan yang bakal menang...., saya tetap akan pilih Brazil. Kenapa Brazil? Sebab hampir ke semua pemain-pemain Brazil adalah yang terkuat dunia. Nama-nama seperti Cafu, Kaka, Ronaldo, Roberto Carlos (cute dia ni!), Robinho dan juga pemain licik cili padi dan juga pemain terbaik dunia 2 tahun berturut-turut.....Ronaldinho bukan lagi asing di telinga saya. Boleh dikatakan Brazil mempunyai pemain-pemain terbaik yang bagus dalam semua posisi. Ini pendapat sayalah.
Walau bagaimana pun, bola itu bulat. Kalah menang adat permainan. Yang terbaik adalah mereka yang layak membawa nama negara mereka hingga ke peringkat tertinggi ini. Negara-negara seperti Trinidad & Tobago, Ivory Coast, Togo, Angola, Ukraine dan Ghana adalah negara-negara yang tampil buat kali pertama dalam World Cup 2006. Tetapi yang terkuat akan ditentukan dalam tempoh 4 minggu lagi. Bila dua pasukan terbaik beradu dalam perlawanan terakhir, memang sukar untuk menilai siapa yang mampu menjuarai World Cup 2006 kali ini. Biarpun saya berkehendakkan Brazil menjadi juara, mana-mana pasukan tetap berpeluang untuk memenanginya.
Saya tetap inginkan Brazil menang. Anda bagaimana?