Tuesday, March 28, 2006

Perubahan Jadual Waktu di Pesta Buku

Di sini saya ingin memberitahu bahawa saya akan berada di gerai Alaf21 pada 30hb dan 31hb Mac, 1hb dan 2hb April. Harap maklum....

Sunday, March 26, 2006

Cik Ted sayang....

Assalamualaikum.....

Minta maaf banyak2x sebab dah lama kita tak bersua dalam blog saya sendiri. Maklumlah, seperti saya cakapkan..., tidak tahu apa yang hendak diceritakan sangat selain dari kesibukan diri dalam melunaskan hal-hal rumahtangga dan juga kerenah anak-anak yang tidak pernah putus-putus. Kalau cerita tentang keluarga dan anak-anak saya, nanti boring pula.

Baiklah. Saya pendekkan sahaja cerita yang hendak diceritakan ini.

Pesta Buku Antarabangsa yg ke 25 sedang berlangsung di PWTC. Sebenarnya lokasinya sudah dianjak ke hall yang pada saya lebih luas dan tidak perlu berjalan naik-turun tangga. Cuma jika datang dari arah pintu utama PWTC, mungkin jenuh juga hendak berjalan kaki menyeberangi anak sungai. Jika datang dari arah Jalan Ipoh, memang tidak terasa jauh kaki tu melangkah. Okey, apa yang sebenarnya saya ingin ceritakan adalah CIK TED kesayangan saya ni.

Tahu siapa CIK TED? Ini dia.....



.....kiut kan???

Sesiapa yang pernah 'beremosi' dengan buku terbaru saya Adam dan Hawa, pasti kenal siapa CIK TED yang sebenar. Maka sempena dengan Pesta Buku yang sedang berlangsung ini hingga 2 April (Ahad depan), sesiapa yang ingin mendapatkan buku Adam dan Hawa saya dari gerai Alaf21 dengan kehadiran saya pada waktu itu, akan mendapat cenderahati CIK TED ini dari saya....istimewa.

CIK TED adalah pemberian khas yang saya sendiri sediakan untuk pembaca-pembaca Alaf21 khasnya peminat saya yang selama ini tidak pernah putus-putus menyokong saya. Terima kasih. Kita jumpa di sana!!!

p/s: kalau ingin tahu kehadiran saya di gerai Alaf21, sila rujuk ke laman website Alaf21 www.alaf21.com.my mengenai jadual kehadiran saya sepanjang minggu ini.